Saya kini seorang ibu!

baby2.jpg
Assalamualaikum wbt
Saya kembali ke alam blog hari ni. Setelah beberapa lama masa dan ketika. Pada ketika dan saat ini, saya tidak lagi seorang diri di rumah tatkala suami ke pejabat, tapi saya bertiga.
Alhamdulillah, dunia saya dan suami kini diserikan dengan kehadiran 2 cahaya mata sekaligus.  Setelah hampir 3 tahun saya dan suami hidup dalam dunia tanpa anak, akhirnya Allah mengurniakan juga kami dengan bayi kembar lelaki yang comel pada 6 Mac 2008 yang lalu. Syukur pada Allah, tuhan yang memberi rezeki meskipun dalam sejarah keluarga saya dan sebelah suami, tiada keturunan kembar yang kami ketahui.  Inilah kuasa Allah, kun fayakun…Dia bisa menjadikan apa sahaja yang Dia kehendaki dan mengurniakan kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki. Subhanallah!
Setelah 32 minggu, pemeriksaan doktor mendapati 1st twin saya tidak membesar mengikut masa yang sepatutnya. Dari Hospital Az-Zahrah  Bangi, saya dirujuk ke Hospital Putrajaya dan sempat tinggal di wad selama 8 hari untuk monitor babies. Sesiapa yang pernah masuk wad pasti tahu rasanya macamana rasa tinggal dalam wad. 8 hari rasanya terlalu lama dengan perut yang memboyot besar. Mujurlah suami dan ibu saya dapat menjaga saya dalam wad, jika tidak…..pasti kebosanan yang tahap maksimal saya rasakan.
Specialist Hospital Putrajaya,  merujuk kes saya ke HKL. Di HKL, saya membuat check up dengan Dr Nazimah dan masalah kandungan saya dikenalpasti. Pada masa tu, saya rasa amat sedih kerana Dr Nazimah consult untuk bersalin awal demi keselamatan babies. Saya tiada pilihan melainkan untuk menerima nasihat beliau dan memilih untuk bersalin secara caesarian pada 6 Mac 2008.
Pada pagi 6 Mac 2008, saya merupakan 1st case patient. Pukul 7.00 am, saya disiapkan oleh nurse-nurse untuk ke bilik pembedahan. 3 kali saya bertukar katil dan yang last di bilik bedah. Dengan bekalan doa dan semangat yang waja bercampur resah di hati, saya menjalani pembedahan pagi itu. Dengan hanya dibius separuh badan, saya dapat menyaksikan suasana semasa pembedahan walaupun tidak sepenuhnya kerana di depan saya ditutup dengan kain.Pakar bius sentiasa berada disamping saya pada masa pembedahan berjalan. Pada jam 9.31 am, Nashrul Farhan selamat dikeluarkan dari perut saya dan seminit kemudian Fathul Farhan menyusul. Semasa proses menjahit semula, nurse membawa babies kepada saya untuk dicium..wah, comel2nya anak ummi…saya sudah jadi ibu…:-). Tapi kegembiraan saya selepas itu diselimuti rasa sedih kerana Nashrul dimasukkan ke NICU. Seminggu anak saya dirawat di NICU dan saya hanya boleh menjengah sekali sekala. Perasaan rindu padanya mula berputik apabila saya berpisah dengan Nashrul. Air mata saya akan menitis apabila melawat Nashrul. Tubuhnya kecil seberat 1.9kg mula menyusut ke 1.8kg dan menyusut lagi ke 1.74kg. Tapi Allah Maha berkuasa, anak saya kuat. Walaupun kecil, dia sihat cuma tidak boleh kesejukan dan saya berjaya membawa Nashrul pulang ke rumah untuk menemui adiknya Fathul.
Di rumah, dengan tiada pengalaman menguruskan bayi, saya mula belajar sedikit demi sedikit cara menjaga baby dari ibu saya. Cuma untuk menjaga dua orang bayi, saya sedikit kelelahan kerana keduanya memerlukan perhatian dari saya. Barulah saya merasai, kepenatan para ibu di luar sana yang telah dulu merasai kepenatan ini, kepenatan bergelar seorang ibu. Berkongsi cerita dengan seorang rakan, kak gee yang juga mempunyai anak sulung kembar, ternyata saya merasakan ketabahannya lebih kuat berbanding saya. Alhamdulillah, anak saya hanya menangis apabila lapar tetapi rakan saya ini, anak kembarnya menangis setiap masa kerana keduanya mempunyai masalah kesihatan semasa dilahirkan. Yang sukar lagi, kedua anaknya lebih kecil dari anak saya semasa dilahirkan. Kata kak gee, semasa umur anaknya setahun, pampers yang dipakai masih saiz S! uhh…keciknya anak kak gee. Saya banyak mengutip cerita dari kak gee buat pedoman menguruskan ank kembar. Cerita-cerita kak gee menyuntik semangat saya untuk terus berusaha menjadi ibu kepada si kembar yang comel ini walaupun saya tiada masa untuk diri sendiri. Kepada suami, saya meminta maaf seandainya dalam tempoh saya belajar untuk menguruskan suasana baru dengan gelaran ibu, menyebabkan banyak urusan rumah tangga terabai. Semoga saya menjadi ibu yang berjaya mendidik anak-anak dengan asuhan al-Quran dan sunnah. Doakan buat saya!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: