Blogger

zuduh-copy-743933.jpg

Sekarang ini, blog-blog tumbuh macam cendawan. Jika ada masa, rajin juga saya menjengah dari satu blog ke satu blog. Baguslah yang mana menjadikan blog mereka sebagai satu wasilah dakwah. Blog juga menjadi penghubung ukhuwwah islamiyah di alam maya biarpun di luar maya kita tidak mengenali di antara satu dengan yang lain. Yang paling best, boleh bertukar-tukar idea, pandangan dan ilmu. Jika blog mempunyai ciri-ciri begini alhamdulillah, satu budaya yang sihat di kalangan masyarakat muslim khususnya. Tapi dua tiga hari yang lepas, saya ada memasuki satu blog yang tak dikenali dan sekali lalu saya cuba membaca hasil tulisannya. Apa yang ditulis? Memang benar, apa yang kita tulis dalam blog adalah urusan peribadi masing-masing, blog adalah hak milik tuan punya blog itu sendiri. Tapi tahukah anda wahai pemilik blog, apa yang kita tulis, apa yang kita paparkan dalam blog, dan apa saja yang kita letak muat dalam blog jika dibaca oleh orang awam adalah dipertanggungjawabkan ke atas kita sebagai seorang muslim. Kita akan disoal tanya oleh Yang Maha Pencipta tangan kita dan akal fikiran kita ini. Jadi tulislah perkara yang bermanfaat yang boleh memberi faedah kepada para pembaca. Jadi, apa yang ditulis oleh penulis blog yang saya masuk tadi ialah ayat-ayat kosong yang mencarut lucah yang ditulis secara lawak jenaka olehnya dengan panjang berjela. MasyaAllah. Ingatlah, mata, hati, tangan, lidah, kaki, dan semua anggota badan ini akan menjadi saksi setiap apa yang kita lakukan di akhirat kelak. Jadi, sebelum menulis dan memaparkan apa2 perkara, baik berita, gambar, lagu dan sebagainya dalam blog anda, fikir dahulu baik buruknya. Sekadar peringatan bersama.

Firman Allah yang bermaksud:- 

1. Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya,
2. Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya,
3. Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun): Apa yang sudah terjadi kepada bumi?
4. Pada hari itu bumi pun menceritakan khabar beritanya:
5. Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian).
6. Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka.
7. Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
8.
Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

(Surah Al-Zalzala ayat 1-8)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: