Anakku sayang

anak.jpg 

Kesihatan saya tak menentu sejak akhir-akhir ni. Bergerak sikit aje dah semput. Cukup meletihkan. Tapi itulah pengorbanan yang harus dibayar untuk menjadi seorang ibu. Yahhhh….bercakap perihal ibu teringat saya pada adik sharlinie? di mana sharlinie sekarang? Saya tertanya-tanya, adakah ibu dan ayah sharlinie boleh tidur lena? entah, berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya. Hanya doa yang boleh saya usahakan semoga adik sharlinie selamat ditemui dalam keadaan yang baik-baik saja. Saya tak dapat lari dari mengingatkn kesudahan pencarian adik nurin jazlin. Tentu rakyat malaysia takkan melupakan peristiwa itu sampai bila-bila. Pada pengamatan saya, orang yang membunuhnya adalah tidak waras. Manusia waras punya belas kasihan dan berperikemanusiaan. Sudahlah, tak sanggup saya memikirkannya lagi. Terlalu kejam…!!!!!!!!!

Kepada ibubapa di luar sana, anak-anak merupakan amanah Allah. Didiklah mereka dengan acuan agama. InsyaAllah selamat di dunia dan di akhirat. Tidakkah kita semua kepingin anak yang soleh/solehah? penyejuk mata, penawar hati, penghibur duka, dan segala macam. Ingatlah, ada tiga perkara yang menemani kita di alam kubur….tidak selainnya….

1. Amal soleh

2. Sedekah jariah

3. Anak soleh yang mendoakan kedua ibubapanya

Kita masing-masing berlumba untuk mendidik anak menjadi doktor pakar, jurutera, guru, saintis, pilot, dan macam2 lagi, tapi kita lupa untuk mensolehkan mereka walhasil, kubur kita kelak akan bergelap gulita. Jadi sebelum terlambat, kudrat dan harta  masih ada, lakukan tanggungjawab anda sebagai ibubapa kerana kelak akan ditanya oleh Yang Maha Pencipta..(peringatan untuk diri saya juga) .

One response to this post.

  1. Posted by adinda rahilah on March 17, 2008 at 2:55 pm

    benar ukhti….berat mata memandang berat lg bahu memikul…ana jg xdpt bayangkan saat mak ana mengandungkan 11orang anak dan kemudian 3 orang anaknya yang dikasihi meninggal dunia di depan matanya,paling sedih ketika hampir 21 tahun membesarkan anaknya dgn penuh kasih sayang dan rmengorbankan segala-galanya yang dia punya akan tetapi anak itu dijemput ilahi ketika sedang operate disebabkan kanser,bukankah itu duka yg sgt pilu bg seorang ibu.ukhti jg merasainya bukan bagaimana kondisi mengndung itu…sukar digambarkan…jd sayangilah ibu kita..sayang mak ana..ukhti jdlah umm yg baik2 na.ramai lg kt luar tu yg tak sayang ibu jadi kita kena sedarkan depa ukhti…jom dakwah!!!

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: