La Tahzan

latahzan.jpg 

Minggu ini merupakan minggu stress bagi diri saya sehingga menyebabkan gangguan kesihatan. Mungkin juga barangkali kandungan semakin hampir kepada usia matang atau istilahnya “hamil tua” kata orang. Badan saya makin memberat, makin terasa pedih ulu hati dan hilang selera makan. Keadaan ini tentunya tidak baik untuk dua si kecil yang makin aktif dalam kandungan tapi apakan daya, stress itu datang tanpa dipinta. Program yang saya rancang dengan beberapa orang sahabat makin hampir iaitu di penghujung minggu ini. Kami merancang sudah agak lama iaitu kira2 sebulan yang lalu tapi entah kenapa ia semacam suram dan muram. Orang yang diharapkan untuk mencari tempat program rupanya tidak melakukan tugas seperti yang diharapkan tetapi tidak dikhabarkan kepada kami dengan awal supaya kami dapat mencari tempat sendiri. Sudah tentu ia mengundang kekecewaan kepada saya dan berharap tidak akan bekerjasama dengannya lagi. Begitulah emosi orang yang kecewa dengan suasana. Saya berharap perasaan ini tidak lama kerana ia berbaur emosi dan terhasut dengan syaitan barangkali. Walauapapun, kami harus meneruskan program tarbiyah ini seperti yang dirancangkan walau dalam keadaan yang serba kekurangan kerana program tarbiyah merupakan jantung dakwah. Ia harus berjalan.  

Kecewa adalah sesuatu yang lumrah biasa dihadapi oleh setiap insan. Ada yang kecewa kerana cinta, harta, pangkat, pelajaran, keluarga dan ada bermacam-macam jenis kecewa lagi. Kita biasa mendengar orang kecewa yang terlalu kecewa dan putus asa sehingga mengambil keputusan untuk membunuh diri. Di Jepun, fenomena membunuh diri kerana kegagalan adalah suatu yang sangat biasa kita dengar. Di Malaysia, tidak kurang juga kes-kes yang melibatkan non-muslim yang membunuh diri kerana sebuah keputus asaan. Tapi itu semua yang melibatkan golongan yang tidak beriman, bagaimana pula dengan segelintir golongan yang kita tahu muslim tapi membunuh diri dek kerana sebuah kekecewaan yang gagal dirawat? Adakah iman senipis kulit bawang itu sudah tidak mampu membendung diri melakukan kebinasaan terhadap diri mereka sendiri? Mungkin syaitan laknatullah turut berperanan dalam tindakan bodoh ini yang membimbing manusia kepada putus asa. Dalam al-Quran, banyak ayat2 al-Quran yang memperkatakan tentang putus asa. Antaranya:

Ayat 1:-

يَا بَنِيَّ اذْهَبُواْ فَتَحَسَّسُواْ مِن يُوسُفَ وَأَخِيهِ وَلاَ تَيْأَسُواْ مِن رَّوْحِ اللّهِ إِنَّهُ لاَ يَيْأَسُ مِن

رَّوْحِ اللّهِ إِلاَّ الْقَوْمُ الْكَافِرُونَ


“Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya (Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir”. (Yusuf: 87)
 
Ayat 2:-

قَالَ وَمَن يَقْنَطُ مِن رَّحْمَةِ رَبِّهِ إِلاَّ الضَّالُّونَ

“Nabi Ibrahim berkata: Dan tiadalah sesiapa yang berputus asa dari rahmat Tuhannya melainkan orang-orang yang sesat.” (Al-Hijr:56) 

Ayat 3:-

وَإِذَا أَذَقْنَا النَّاسَ رَحْمَةً فَرِحُوا بِهَا وَإِن تُصِبْهُمْ سَيِّئَةٌ بِمَا قَدَّمَتْ أَيْدِيهِمْ إِذَا هُمْ يَقْنَطُونَ

“Dan apabila Kami beri manusia merasai sesuatu rahmat, mereka bergembira dengannya (sehingga lupa daratan) dan jika mereka ditimpa sesuatu bencana disebabkan apa yang telah dilakukan oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka berputus asa.” (Ar-Rum:36)

Kita sama-sama berdoa agar mudah-mudahan dijauhkan dari apa jua bentuk kebinasaan dek kerna rasa hampa dan kecewa dan membawa kepada putus asa. Ingatlah, putus asa bukan sifat orang yang beriman. Kegagalan, kekecewaan, sedih, pilu, itu semua merupakan ujian dari Allah dan sudah pasti ada jalan keluarnya jika kita merupakan hamba-Nya yang bertakwa. Sebagaimana yang difirmankan oleh Allah dalam surah at-Talaq ayat 2-3:

 

وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا 

وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ قَدْ جَعَلَ

اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا

“……dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu”.

Sebaiknya kita pertanyakan diri kita sudah sejauh manakah kita cuba meningkatkan ketakwaan diri sehingga mana melayakkan diri kita untuk dianugerahkan jalan keluar dan rezeki yang tidak tersangkakan…la tahzan!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: