Saya dan Hari Raya Korban

Hari Raya Aidiladha 1:

Pagi raya pertama, hati saya berada di tumpat walaupun pd hakikatnya jasad saya berada di KL. Huhuhu…nak balik kampung!! apakan daya, manusia hanya boleh merancang, tetapi Allah yg menentukan segalanya. Perancangan untuk balik beraya di tumpat akhirnya tdk tertunai. perancangan yg sudah di buat berbulan2 sebelumnya. Sungguh syahdu dan pilu. Saya begitu teruja kali ni nak balik kampung coz masa balik raya aidilfitri lalu saya kurang sihat tapi kali ni saya terlebih sihat and tak sabar2 nak makan daging korban pelbagai masakan. especially sup tulang kaki yang mak buat. huhuhu…kempunan la saya. Kali ni, banjir di pantai timur boleh tahan serius. So, tak dapat la saya balik kampung. Gugurlah air mata saya yg manja di pagi raya nan syahdu itu. 

36_2_18.gif  Saya beraya di kampung belah suami di Kuala Selangor. Kekenyangan juga saya makan2 masa beraya tu. Alhamdulillah, dapat daging korban sikit yang mak anjang bagi.

Hari Raya Aidiladha ke-2:

Saya tak mampu memadamkan ingatan pada keluarga di tumpat. Suasana hari raya yg meriah. Akhirnya suami setuju nak balik ikut laluan jauh melalui t’ganu. Tp, bila sampai di tol gomabk, kete plak rosak tingkap dia. huhuhu….patah balik, tak jadi lagi balik kampung….

“Ujian adalah…tarbiyah dari Allah…apakah kitakan sabar….ataupun sebaliknya..”

Kali ni saya redha, hari raya kali ni ternyata Allah tdk mengizinkan saya balik kampung. Noktah.

Hari Raya Aidiladha ke-3:

Pagi ni saya dan suami ke KL. ke perpustakaan fajar ilmu baru atau lebih glamour dgn nama ppustakaan indonesia. kami beli beberapa buah buku iaitu:-

1-Hadith Arbain (saiz poket-saya punya)- RM3

2-Demi hidup lebih baik; penulis Anis Matta (suami punya)- RM28

3-Agenda tatsqif tarbiyah (suami punya)- RM19

4-Ketika cinta bertasbih 2; penulis Habiburrahman el-shirazy (suami punya)- RM39.50

Diskaun 15% jd totalnya RM76.50.

Waduh, beli bukuan saja udah hampir ratusan ya. Saya sudah membelek buku yang ke-2 tu, sangat terkesan krn keseluruhan isinya pun sememangnya bersifat kerohanian. Pembersihan jiwa gitu. Apatah lagi penulisnya ustaz Anis Matta.

Seusai membeli, kami singgah di mydin berdekatan. Asalnya nak beli barut perut baby coz mak kata kat situ ada jual bnyak2 n murah. Kami jumpa, tapi bila tengok barut tu saiznya mcm besar, tak sesuai unuk newborn baby. kainnya pun keras tak sesuai utk kulit baby yg lembut. n then, barut tu ada tiga tali yg macam saya pakai masa kecik, heheh..lambat nak ikat satu2. so, kami tak jd beli n nak cari barut lain yg ada pelekat je, senang takyah ikat2 juz tempek, mudah n cepat.  di semua house, ada juga kedai baju baby kat dlm tu tapi suami tak berkenan coz agak mahal, nak beli kat bangi je. so, kami pun pulang lah…

Rasulullah saw bersabda:

” Bergembiralah kamu dan berharaplah dengan yang menyenangkan kamu. Demi Allah, aku tidak mengkhuatirkan kemiskinan yg akn menimpa kamu. Yg aku khuatirkan ialah bila dunia dilapangkn untukmu sbgaimana dilapangkn untk kaum sebelum kamu, lalu kamu berlumba-lumba meraihnya sebagaimana dahulu mereka berlumba-lumba dan dunia pun membinasakan kamu, sbgaimana ia telah membinasakan mereka.” (HR Bukhari, Muslim dan Tirmidzi). 

Semoga kita sama2 berlumba-lumba mmbuat amal kebajikan….

One response to this post.

  1. Tentu ada hikmahnya. Apatah lagi Ummu Furqan sedang mengandung, tentu kurang elok untuk berjalan jauh, tambahan lagi dalam musim banjir seperti ini.
    Bayangkan saja kesulitan yang bakal ditempuhi ibu mengandung, andainya kereta rosak atau tersekat dek banjir….

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: