Zuhud Nabi saw

soi_video_right.jpg

Bagaimana zuhud yang sepatutnya? Sebelum ini, saya agak kabur dengan maksud zuhud. Adakah zuhud itu, kita tidak perlu menjadi seorang yang kaya raya dan banyak harta? Sedangkan nabi saw tidak memiliki harta kekayaan jika kita menelusuri sejarah kehidupan baginda nabi saw.Dalam buku taujih ruhiyah, saya menemukan sedikit pencerahan tentang apa yang dimaksudkan dengan istilah zuhud. Nabi saw memakan apa yang yang beliau miliki. Jika punya daging, beliau memakannya. Beliau makan daging ayam dan makanan favorite beliau ialah gula-gula dan madu. Tidak ada bukti beliau menolak makan hal-hal mubah. Hanya saja, Rasulullah saw tidak suka makan hingga kenyang dan berpakaian dengan gaya sombong. Beliau pernah mengenakan pakaian yang dibelikan untuk beliau seharga dua puluh tujuh unta.

Zuhud sejati bukan dengan tidak makan, mengasingkan diri dari manusia, dan mengenakan pakaian tambalan. Zuhud yang benar ialah memahami hakikat dunia, lalu meletakkan dunia di tangan, bukan di hati, agar kita tidak sedih ketika gagal mendapatkan sesuatu di dunia ini.

Menurut murobbi saya pula, zuhud tidak semestinya kita kaya mahupun miskin. Tapi berpada dengan apa yang ada. Walaupun kita berharta, kita tidak nampak macam orang kaya. Kita boleh menjadi kaya, tapi hakikatnya, di hati kita, akhirat adalah fokus kita yang utama dan yang sebenarnya. Dalam dunia yang materialistik hari ini, tidak mudah untuk kita menjadi manusia yang zuhud. Toleh kanan toleh kiri, manusia berlumba-lumba mengejar dunia sehingga sanggup merasuah dan diberi rasuah. Yang miskin pula, rela mencuri dan merompak demi meraih kesenangan hidup di dunia. Semoga Allah memelihara diri kita agar dunia ini jauh untuk kita letak di hati. Wallahu’alam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: