Nasi goreng cili api…pedas dan sedap!

rerama

Pagi ini saya buat sarapan nasi goreng. Biasanya saya letak cili padi dalam 3-4 biji. Tapi sebab tak rasa pedas langsung, hari ni saya letak dalam 6-7 biji cili padi yg fresh kaler hijau. Saya tumis skali dgn bawang tumbuk hgga kuning. Saya prasangka, nasi tu takde lah nak pedas mana, tapi bila try sikit, uish…boleh tahan pedasnya…pastu hubby datang santap. Bila masuk je nasi ke mulut, dia jerit…arghhhh…pedasnya….hihihi. Saya tergelak sebab hubby makan sikit, pastu garu2 kepala, makan lagi, garu-garu kepala. Hubby kata sedap nasi goreng ni (nasib baik:-)) Dia siap tambah lagi. Sudah makan, dia minum air, saya nampak matanya sedikit berair dek kepedasan nasi goreng yg masih terasa. kesiannya. “Ini baru nama nasi goreng cili apiii..!!!” Kata hubby. Saya cuma tersenyum dan hubby berangkat nak pegi kerja.

Sebagai seorang isteri, saya rasa bahagia kerana dapat menyediakan makanan untuk suami seawal pagi. Lepas suami pegi kerja, menunggu pula waktu petang suami pulang dr office. Ya, memang saya rasa bahagia. Tapi bahagia itu bukan datang dari suami….bukan suami yang memberi kebahagiaan itu…jika kita sakit, suami tidak dapat menyembuhkan, dia hanya mampu menjaga dan merawat, tapi Allah lah yang menyembuhkan.

(“Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan aku”-Asy-Syu’ara’:80)

Jika kita ditimpa musibah, suami hanya mampu memberi kata2 semangat, membantu setakat yg terdaya dan jika kita menangis kerana kesedihan, suami hanya mampu memujuk (kalau pandai pujuk la) dan mengusap belakang. Tapi hakikat yang sebenarnya, yang hanya berkuasa menghilangkan kesedihan itu hanyalah Allah swt. Cinta Agung di hati setiap orang yang beriman! Kepada-Nya lah kita mengadu di qiamullail…cinta-Nya lah yang menghapuskan penderitaan orang yang menderita kerana dunia dan memberi ketenangan luar biasa di hati insan yang mendamba kasih sayang-Nya…

Jika kita sang isteri menganggap suami lah yg menyebabkan hidup kita bahagia, kita sudah tersilap. Kebahagiaan itu adalah datangnya dr Allah swt. Dialah sumber kebahgiaan yang hakiki. Suami hanya makhluk biasa yang tiada apa2 kuasa magic. Memang benar, suami memberi nafkah, memberi kasih sayang, memberi perlindungan dan sebagainya. Tapi suami cuma perantara kita dengan Pencipta yang esa. Hakikat yang sebenarnya ialah semua yang kita miliki itu datangnya dari Allah kerana suami juga manusia yang diciptakan oleh Allah swt. Selalu lah kita menghayati hakikat ini dan jangan lupa untuk mensyukuri nikmat pemberian-Nya.

firman Allah swt:-

“(iaitu orang2 yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram”. -Ar-Ra’d: 28)

Kita mgkin selalu dengar akan ayat al-Quran yang famous ni. Ayat ini mudah difahami dan boleh dihurai dengan panjang lebar. Ayat ini sangat fleksibel kerana setiap orang jika dia mengingat Allah, hatinya akan menjadi tenang. Tak kira siapa orang itu, sama ada dia orang kaya, orang miskin, kuli, tuan, ibu, anak, bapa, suami, isteri, pelajar, tukang kebun, pemimpin negara atau sesiapa sahaja orang yang mengingati Allah. Dan ayat di atas menyebutkan orang beriman yang ingat pada-Nya. Dan biasanya orang yang beriman lah yang selalu ingat akan Allah.

Kita sering mendengar cerita-ceritut banyak rumah tangga yang berantakan. Ada sesetengahnya, kehidupan mereka serba mewah, wang ringgit melimpah ruah, rumah banglo besar, anak ramai, tapi dalam kehidupan berumahtangga, mereka gagal menemui kebahgiaan di dalamnya. Salah satu faktor yang mencerai beraikan mereka ialah jauh dari Allah swt. Kerana mereka lupa akan Allah, lalu Pemberi kebahagiaan yang sebenar tidak memberi keberkatan dalam rumahtangga mereka.

“Dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang”…kita akan merasa tenang insyaAllah apabila wujud dalam diri pasangan kita, sifat2 atau peribadinya yang membuatkan kita ingat akan Allah. Sikapnya, tutur katanya, nasihatnya, ibadahnya, pakaiannya, dll mendorong hati kita untuk selalu ingat akan Allah. Jadi, pemilihan pasangan yang soleh/solehah insyaAllah akan menjamin sebuah keluarga sakinah mawaddah wa rahmah…semoga kita sentiasa di bawah naungan kasih sayang ilahi…amin..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: