Harakah dan bersatu

Jikalau ada dua sumber air, satu air yang bertakung dalam sebuah kolam, dan satu lagi air sungai yang mengalir. Yang mana satu pilihan anda? Jika saya, saya akan memilih air sungai yg mengalir. Kerana air yang mengalir lebih terjamin kebersihannya jika dibandingkan dengan air yg bertakung. Sesuatu yang statik atau tidak bergerak biasanya benda yang mati. Seseorang yang kurang bergerak biasanya akan mengalami kegemukan dan cenderung untuk mendapat penyakit berbanding dengan seseorang yang aktif bergerak ke sana ke mari dan melakukan senaman. Begitu juga akal. Orang yang malas berfikir dan jarang menggunakannya menyebabkan mindanya menjadi sempit dan kata orang otak berkarat atau tumpul. Berlainan dengan mereka yg rajin berfikir dan rajin mencari ilmu. Akal fikiran menjadi tajam dan bijak. Orang yang mahu berubah juga perlu melakukan pergerakan untuk dirinya boleh berubah. Maksud harakah di atas ialah bergerak.

Umat Islam perlu berharakah! Bukan masanya untuk kita goyang tangan dan kaki kerana dunia islam sekarang dilihat semakin layu kerana sikap umatnya. Dan bukan masanya untuk kita pandai bercakap dan menjadi pengarah, tetapi tidak acting! Lebih-lebih lagi amat menyedihkan apabila melihat sesama aktivitis dakwah saling bercakaran dan mengaku jemaah mereka yang paling benar dan mengatakan jemaah lain tidak syar’i. Buanglah sifat penyakit hasad dengki (phd) dan jangan ekstrim dan taksub. Amat hairan bin ajaib apabila mendengar pejuang-pejuang islam ini mengatakan “kami mengikut panduan al-Quran dan sunnah” tapi tidak mahu bersatu padu sedangkan di dalam al-Quran itu sendiri sudah terang lagi bersuluh firman Allah yang menyuruh hambanya jangan bercerai-berai. Ada yang lebih buruk, ada yang mempamerkan akhlaknya dengan keji mengeji dan mencaci maki sesama saudara islam. Astaghfirullah! Lagi tidak mengikut sunnah!

“Dan berpegang teguhlah kamu semuanya pada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai, ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahiliah) bermusuhan, lalu Allah mempersaudarakan hatimu, shgga dgn kurnia-Nya kamu mjadi bersaudara, sdangkan (ketika itu) kamu berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari sana. Demikianlah, Allah menerangkan ayat-ayat Nya kepadamu agar kamu mndpt petunjuk.”-Ali-Imran:103.

Untuk pejuang-pejuang kebenaran, teruskan langkah anda dan mari kita tebarkan kasih sayang sesama kita kerana islam tidak mengajar kita untuk bermusuhan sesama umat islam tetapi menjadikan kita saling berkasih sayang di antara sesama kita. Sabda Rasulullah saw:

“Tiada beriman seorang kamu hgga ia mencintai untuk saudaranya apa yang ia cintai untuk dirinya.”- (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Cinta itu bukanlah cinta kerana tabiat kemanusiaan tetapi kerana roh keagamaan. -Hadith arbain ke-13.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: