Salam mujahadah! Blog saya ini sentiasa bertukar rupa, tapi isinya tak menambah..namun alhamdulillah ia masih bernafas. Di saat dan di ketika ini anak saya sedang lena di toto. Yang abang ada bersama saya manakala yang adik dengan ayahnya di tingkat bawah. Saya pula rancak menyelongkar blog2 orang lain, ada yang saya kenal ada yang tidak kenal, namun alhamdulillah semua blog2 itu memberi input yang sungguh bermanfaat dan membuatkan saya bermuhasabah dengan diri. Sudah lama juga saya tidak menyelinap membaca blog2 sahabat lain dek kerana banyak komitmen lain yang ada terutamanya sibuk dengan anak2. Sudah pastinya anak2 yang menjadi agenda utama kehidupan saya sekarang ini sampaikan selalu terabai ibadah sunnah yang rutin dibuat sebelum ini. Saya ingin mengatur semula jadual hidup saya. Saya mesti meneruskan perjuangan hidup saya yang sebenar iaitu mencari ridho Allah meskipun banyaknya halangan dan rintangan yang terkadang serasa ingin rebah semangat ini. Alhamdulillah, dengan membaca lakaran2 tulisan dari blog sahabat dan sahabiah, semangat saya seakan pulih semula. Namun, tetap saja doa itu yang terbaik! Buat sesiapa yang mengalami keadaan seperti saya, mari kita luangkan sedikit waktu dalam kesibukan kita seharian dengan berdoa kepada Allah agar diberi sekeping hati yang baru kerana hati yang lama ini sudah lemah dan lesu dek banyaknya dosa2 yang lalu.

"March forth, wether you are light or heavy, strive hard with your wealth and your lives in the cause of Allah. This is better for you, if you but knew." (at-Taubah: 41)
Ya Allah, rahmatilah aku dgn al-quran. Jadikanlah dia pemimpin, cahaya, petunjuk dan tanda kasih sayang-Mu bagiku. Ya Allah, ingatlah aku yang aku lupa darinya dan
ajarkan aku segala yang aku belum ketahui daripadanya. Rezekikanlah kepadaku utk selalu membacanya sama ada waktu malam mahupun siang. Jadikanlah dia hujah bagiku, wahai Rabb semesta alam.
(Sumber: Majalah i, Mei 2009)
