Saya mencuri sedikit masa untuk menulis beberapa rangkai kata. Saya rindu untuk menulis. Tatkala ini twins saya sedang tidur. Wah, penat sungguh menjadi seorang ibu apatah lagi saya mendapat anak sulong dua sekali gus. Jadi pekerjaan saya menjadi dua ganda. Tambahan pula saya baru berpindah rumah, kepenatannya sungguh luar biasa. Pada waktu pagi, rutin saya memandikan si kembar satu persatu. Jadi, saya perlu menyediakan air mandian dua kali di dalam besen, pendek kata semua benda kena buat dua kali. Semalam saya mendapat berita dr kampung ibu saudara saya kecelakaan jalan raya. Dia mengalami patah kaki dan bahu. InsyaAllah kami plan untuk pulang ke kampung nak ziarah makcik. Malang tidak berbau. Tiada siapa yang kepingin untuk mendapat kemalangan, tetapi inilah yang dinamakan orang malang itu tidak berbau. Jika kita berada di atas jalan raya, kita sebenarnya terdedah kepada risiko kemalangan, jadi sentiasa beringatlah. Beringat untuk berhati2 memandu dan beringat pada bila2 masa saja bahawa maut itu akan datang menjemput kita bila sampai ajalnya. Dr hospital Tumpat, makcik dipindahkan ke Hospital Kota Bharu untuk dimasukkan besi ke kakinya. Sebenarnya saya pun kurang pasti kaki bahagian mana. Semoga Allah cepat sembuhkan makcik saya dan memberi kekuatan kepadanya dalam menghadapi ujian kehidupan ini. (dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan aku, Asy-Syu’ara’:80)

"March forth, wether you are light or heavy, strive hard with your wealth and your lives in the cause of Allah. This is better for you, if you but knew." (at-Taubah: 41)
Ya Allah, rahmatilah aku dgn al-quran. Jadikanlah dia pemimpin, cahaya, petunjuk dan tanda kasih sayang-Mu bagiku. Ya Allah, ingatlah aku yang aku lupa darinya dan
ajarkan aku segala yang aku belum ketahui daripadanya. Rezekikanlah kepadaku utk selalu membacanya sama ada waktu malam mahupun siang. Jadikanlah dia hujah bagiku, wahai Rabb semesta alam.
(Sumber: Majalah i, Mei 2009)

Posted by rabiatul on September 17, 2008 at 7:08 am
salam. akak,tahniah.alhamdulillah kesabaran akak membuahkan hasil.kembar sekali. jaga diri ye kak.rindu pula kat akak.selamat berpuasa.