Limau @ Lemon

Masuk bulan ke tujuh, saya jadi hantu limau. Limau, oren dan seumpamanya. Kalau sepuluh biji tu, habis dalam sehari je. Nak nak lagi, musim raya cina yg baru berlalu, macam-macam limau ada. Limau lokam la, limau tangerine la. Kalau takde limau, oren pun boleh juga, tarak masalah kalu. Cumanya saya tak pasti limau ni khasiat nya samakah dengan lemon? lemon saya tak pernah beli. Kalau limau nipis memang dah biasa sangat-sangat. Masa saya kena batuk di kala kandungan nak masuk 8 bulan, saya tak nak makan ubat batuk, so kakak saya bagi petua ni..makan madu (satu sudu) + limau nipis (dua hirisan). Letak dalam segelas air. Amalkan minum setiap pagi dan sebelum tidur malam. Alhamdulillah nampak hasilnya. Saya rasa sama aje kot khasiat limau atau lemon ni. Subhanallah…so, makan lah buah limau kerana ianya berkhasiat.

111034189_22a2a0ed4c.jpg

 

Buah lemon kurangkan lebihan asid

Oleh ROSMAWATI MION

(Sumber : Utusan Online)

LEMON, antara pokok buah-buahan tertua yang berasal dari India, kini tumbuh meluas di kawasan iklim subtropika di seluruh dunia terutama Florida dan Mediterranean.

Biarpun buah lemon dan jusnya terasa masam dan berasid, tetapi ia mampu bertindak sebagai alat penampan kepada badan serta mengurangkan lebihan asid di dalam perut.

Malah, jus dan kulit lemon berkesan sebagai antiseptik selain daun pokok lemon yang boleh digunakan untuk mengurangkan panas akibat demam.

Melengkapkan lagi kebaikan lemon, buah tersebut juga kaya dengan vitamin C yang diketahui umum mampu menguatkan sistem imun badan dan bertindak sebagai antioksida dalam melindungi sel daripada rosak.

Tanpa disedari, jus daripada satu biji buah lemon sahaja mampu menyumbang sebanyak 33 peratus daripada keperluan vitamin C dalam kehidupan harian manusia.

Manakala satu sudu besar perahan kulit limau mengandungi 13 peratus vitamin C dan jika diambil kedua-duanya, ia sudah lebih daripada memadai untuk keperluan harian manusia.

* Kesan terapeutik

Jika digunakan untuk fungsi dalaman badan, lemon mempunyai kesan tindakan anti rangsangan. Ia juga membantu membersihkan dalaman badan dengan meningkatkan pengeluaran peluh dan memudahkan air kencing dikumuhkan.

Pada masa yang sama, lemon juga dapat merangsang selera, selain membantu penghadaman dan menguatkan sistem pertahanan badan, mengurangkan kekejangan serta memberikan kesegaran secara menyeluruh.

Namun andai digunakan secara luaran, lemon mampu mengembangkan saluran darah dalam kulit.

* Komponen dalam lemon

Selain kaya dengan vitamin C, lemon juga mengandungi pektin dan sebahagiannya adalah pati minyak limonene, alpha terpinene, alpha pinene, beta penene dan bioflavonoids yang membantu menguatkan dinding-dinding kapilari.

Pati minyak tersebut diperoleh daripada kulit limau yang merangsang aliran cecair limfa.

* Tingkatkan vitamin C

Jika ingin meningkatkan lagi pengambilan vitamin C, apa yang perlu dilakukan hanya mengambil sebiji lemon setiap hari.

Kesannya, hanya dengan beberapa minit, vitamin tersebut sudah mengalir di seluruh badan dan tubuh akan mula merasai peningkatan dalam pencapaian dalam keupayaan diri dan berasa lebih tenang.

* Serapan zat besi dan kalsium

Lemon merangsang pengeluaran enzim dan jus pencernaan di selaput nipis di dalam perut yang akhirnya membantu meningkatkan serapan zat besi dan kalsium melalui makanan yang diambil dan pemakanan tambahan.

* Pembasmi kuman saat kecemasan

Mungkin tiada siapa menyedari bahawa jus lemon boleh digunakan sebagai pembasmi kuman pada luka-luka kecil termasuk di mulut dan kerongkong.

Apa yang perlu dilakukan hanya menyapu sedikit jus tersebut pada kawasan luka berkenaan atau berkumur-kumur beberapa kali sehari.

* Melegakan sakit tekak dan serak

Cuba resipi ini. Perah sebiji lemon dan campurkan jus perahan itu dengan secawan air panas. Kemudian berkumur-kumur dengan air tersebut sebanyak tiga kali sehari

About these ads

2 responses to this post.

  1. Does lemon can reduce the high blood pressure and it is good, for those who are got migraine?

    Reply

    • Posted by ummufurqan on May 16, 2009 at 4:33 am

      See_t, kalau migrain tak tau la plak saya, tapi insyaAllah kalau amalkan selalu lemon, oren, limau atau sbgainya akan membekalkan vitamin C kepada tubuh. Yang saya tau, kalau org yang selalu kena migrain tak blh minum kopi banyak2 sbb kandungan kafeinnya yang blh sakitkan lagi kepala.

      Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: