Sudah lama saya tidak ke taman atau tasik. Maklumlah sentiasa sibuk dan kalau tak sibuk pun, kaki ni terasa malas tidak seperti zaman remaja dulu-dulu. Dan sebab yg paling utama ialah tamannya jauh dari rumah. Selain itu, yang malas nak pergi taman kerana ada banyak pasangan kumbang dan bunga kat situ. Kalau kumbang dan bunga ada sijil takpe. Tapi yang takde sijil halal dari jakim ni yang buat hati tak senang. Yang menyedihkan lagi, bila tengok remaja perempuannya yang bertudung kemas di kepala tapi tanpa segan silu membiarkan adegan mereka ditatap percuma oleh pengunjung-pengunjung tak kira di taman bunga, di tasik, di supermarket atau bahkan kat mana-mana aja yang boleh mereka melepaskan rindu! Remaja zaman sekarang! Hati rasa sedih dan kesian apabila tengok wajah-wajah mereka yang umurnya sangat muda belia. Umur belasan tahun seperti itu sepatutnya tengah dipasak akidahnya oleh para ibubapa. Tapi sayangnya ia punah ranah dalam runtuhan moral dan gejala sosial.
Akidah. Ia merupakan tiang yang harus dipacak kukuh di lubuk hati setiap muslim. Rata-rata masyarakat pelbagai lapisan menjadi muslim kerana mereka dilahirkan sebagai muslim atau born muslim. Tapi hakikat yang sebenarnya, mereka tidak memahami erti dua kalimah syahadah yang mereka hanya fasih melafaznya sahaja. Dan mereka tidak tahu akan implikasi apabila mengucap dua kalimah syahadah. Memang di sekolah tidak diajar secara detail mengenai dua kalimah syahadah. Jadi, ibubapa di zaman yang serba mencabar ini memainkan peranan penting untuk turut mencari ilmu agama bagi mendidik atau mentarbiyah anak-anak mereka. Jika tidak, semakin bertambahlah generasi masyarakat jahiliyah yang seperti mana menurut Muhammad Qutb di dalam bukunya “Jahiliyah abad dua puluh”, kejahiliyahan bukan hanya berlaku selama kurun waktu tertentu dalam perjalanan sejarah. Masyarakat jahiliyah ialah masyarakat yang tidak mengenal Allah dengan sebenar-benarnya.
Akidah yang rapuh di jiwa remaja-remaja islam inilah yang mengikis rasa malu di dalam diri mereka. Sedangkan malu ialah satu cabang dr cabang-cabang iman! Dalam hadith arbain yang ke-20,
Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: ” Bahawasanya setengah yang didapati manusia dari perkataan nabi yg terdahulu; ialah apabila engkau tidak malu maka kerjakanlah apa yang engkau kehendaki. (Diriwayatkan oleh Bukhari).
Jadi sesuatu perkara itu tidak menjadi mustahil akan kita kerjakan jika kita tidak malu walaupun perkara itu adalah perkara yang dimurkai Allah. Bagi pihak yang mempunyai kesedaran dalam hal yang sudah sangat serius ini (keruntuhan moral), mari kita perhebatkan lagi kegiatan-kegiatan yang boleh memantapkan akidah umat islam. Jika kita tidak bertindak sekarang, boleh jadi ia akan menjangkiti ahli keluarga kita yang lain. Na’uzubillah!

"March forth, wether you are light or heavy, strive hard with your wealth and your lives in the cause of Allah. This is better for you, if you but knew." (at-Taubah: 41)
Ya Allah, rahmatilah aku dgn al-quran. Jadikanlah dia pemimpin, cahaya, petunjuk dan tanda kasih sayang-Mu bagiku. Ya Allah, ingatlah aku yang aku lupa darinya dan
ajarkan aku segala yang aku belum ketahui daripadanya. Rezekikanlah kepadaku utk selalu membacanya sama ada waktu malam mahupun siang. Jadikanlah dia hujah bagiku, wahai Rabb semesta alam.
(Sumber: Majalah i, Mei 2009)
